Jumaat, 12 Julai 2019

Operasi Menyelamat

Pasukan Menyelamat Di Air Bomba

Assalamualaikum dan selamat malam disini aku nak kongsikan unit menyelamat dia air pasukan bomba dan penyelamat malaysia baru-baru ni dikejutkan dengan kematian 6orang anggota bomba ketika membuat penyelamatan di air di selangor.  Trgedi yang terjadi pada awal pagi, tragedi yang menimpa enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial Dan kat sini ada sedikit tentang kronologi tragedi tersebut.
              Pada mulanya, pasukan berkenaan dilaporkan turun ke lombong pada pukul 9.15 malam Rabu bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong.
             Air deras tiba-tiba berlaku menyebabkan keenam penyelam berpusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam tertanggal. Anggota di darat berjaya menarik kesemua penyelam tersebut namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan tetapi tidak berjaya.
            Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu. Rakyat tempatan juga turut berkongsi rasa sedih mereka berkenaan peristiwa tersebut. Apa yang aku nak bagitahu pasal entri tak lain tak bukan untuk netizen-netizen yang ada bukan sebab anggota bomba ni tak ikut S.O.P kerja tapi ini semua takdir Allah Swt dan ajal dorang mati semasa menyelamat so jgn la kita membuat dan sewenangnya memberi spekulasi psl anggota bomba yang maut ni.. Di bawah ni aku share gambar-gambar anggota bomba yang maut masa operasi menyelamat dengan video sekali.

Hasil carian imej untuk kematian menyelamat diair bomba
Anggota bomba

    
                                                        Al-Fatihah Untuk Mereka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan